Friday, April 15, 2005

Bila Dina Tersenyum

Dina tersenyum melihat bayangnya di cermin. Bayangnya menangis melihat senyuman Dina. Ingin sahaja imej itu berkata "kau perempuan gila". Dina tersenyum meleret; dalam dan keruh maksud senyumanya. Lebat airmata bayangnya melihat lerekan senyum itu, makin kuat rontaan perkataan yang terkongkong dalam kotak fikirnya. Dina jangan! Sayang, suara bisu itu hanya untuk hati kaku. Senyuman yang terukir itu kekal di wajah Dina.

Di meja kecil Dina sebotol pil tidur berserakan. Darah menitis dari hujung pisau lipat yang tergenggam di tangan kiri Dina manakala jemari tangan kanannya adalah delta merah melimpah dari lurah dalam di pergelangan tangannya. Kepalanya terlentuk di bahu sofa dan Bayangnya di cermin retak seribu.

No comments: